Thursday 22 November 2012

Nota Tatabahasa

Kata kerja
1) Kata kerja ialah perkataan yang berfungsi untuk menunjukkan sesuatu perbuatan. Contohnya
    makan,   minum, berdoa, bermain, memanjat ,dan sebagainya.
2) Kata kerja boleh  wujud bersendirian tanpa imbuhan dan juga dengan imbuhan.
3) Kata kerja dapat digolongkan kepada  tiga ,iaitu :
 
  (a) Kata Kerja Tak Transitif (KKTK)
         i) KKTK tidak memerlukan objek atau penyambut, iaitu kata nama selepasnya.
        ii) Hal ini demikian kerana sesuatu ayat itu sudah lengkap maksudnya walaupun kata kerjanya
            tidak diikuti dengan objek.
       iii) Contoh KKTK ialah ketawa, hinggap, menguning dan sebagainya.

   (b) Kata Kerja Transitif  ( KKT )
         i)  KKT memerlukan frasa nama sebagai objek atau penyambut yang menerima akibat daripada
             perbuatan kata kerja itu.
        ii)  Tanpa objek, ayat yang mengandungi KKT itu tidak lengkap maksudnya.
       iii)  Contoh KKT ialah  memotong, menaip, menjual, dan sebagainya.

    (c) Kata Kerja Pasif (KKP)
        i)  KKP ialah kata kerja yang digunakan dalam ayat pasif.
       ii)  KKP tidak mempunyai imbuhan awalan meN-.
      iii)  KKP  dapat dibahagikan kepada 5 bentuk , iaitu KKP diri pertama dan kedua, KKP diri ketiga,
           KKP berawalan beR- dan teR-, KKP dengan apitan ke-.....-an, dan KKP dengan kata 'kena' .
           ( kata  'kena' boleh diganti dengan awalan di-).   
      iv) Contoh-contoh KKP ialah kubaca, kita pergi, kamu lihat,bersapu, berjemur, terdaki, terpegun,
           kecurian, kepanasan, kena pecah, kena tangkap, dan sebagainya.


Kata Adjektif

1) Kata adjektif   dikenali juga sebagai kata sifat , iaitu perkataan yang menerangkan keadaan atau sifat
    sesuatu  kata nama.
2) Kata adjektif boleh disertai oleh kata penguat , sama ada kata penguat hadapan, kata penguat 
    belakang atau kata penguat bebas.
3) Terdapat sembilan jenis kata adjektif, iaitu:
    a) Kata adjektif warna( biru,merah ,hijau kuning ,hitam putih ,dan sebagainya)
    b) Kata adjektif ukuran ( kecil,besar, kurus, gemuk,pendek  , dan senagainya )
    c) Kata adjektif  bentuk ( lurus, lonjong, bengkok,bundar, dan sebagainya )
    d) Kata adjektif waktu  ( suntuk, sekarang, esok.lewat, dan sebagainya)
    e) Kata adjektif jarak   ( dekat, jauh, hampir, dan sebagainya)
    f) Kata adjektif cara  ( pantas, deras, selalu, kasar, dan sebagainya)
    g) Kata adjektif perasaan ( sedih , marah, rindu, sayang, dan sebagainya)
    h) Kata adjektif pancaindera ( masam, manis, pahit, lunak,, licin , dan sebagainya)
    i)  Kata   adjektif sifatan atau keadaan ( gopoh, bodoh, takut, sakit , dan sebagainya ) 


Kata Hubung

1) Kata hubung dugunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, dan klausa
    dengan klausa untuk membentuk ayat.
2) Terdapat tiga jenis kata hubung , iaitu :

    (a)  Kata hubung gabungan: menghubungkan dua  atau lebih ayatt yang sama tara sifatnya.
          Contohnya dan, lalu, atau. tetapi, sambil, dan maka.

   (b)  Kata hubung pancangan:

         i) Menghubungkan ayat kecil pada ayat besar yang tidak setara sifatnya.
        ii) Terdapat 3 jenis  kata hubung pancangan, itu kata hubung pancangan relatif, kata hubung
            pancangan komplemen, dan kata hubung pancangan keterangan.
       iii) Kata hubung pancangan relatif menghubungkan perkataan atau frasa nama dengan sesuatu
            keterangan, menghubungkan klausa utama dengan    kalusa kecil yang lain, dan menunjukkan
            bahawa keterangan tersebut diutamakan atau diberikan penekanan, Contoh kata hubung yang
            digunaka adalah   yang.     
       iv) Kata hubung pancangan  komplemen pula menghubungkan klausa yang menjadi pelengkap
            dengan klausa utama supaya menjadi ayat yang lengkap.Contoh kata yang digunakan  adalah
            bahawa dan untuk.

    (c)    Kata hubung berpasangan: digunakan secara berpasang - pasang dalam ayat majmuk
            gabungan.   Contohnya  baik, ataupun, sedangkan...tambahan pula dan semakin..semakin



Monday 19 November 2012

Mari belajar sambil bermain


Latihan Membina Ayat Majmuk

Jawab soalan berikut:
 
Contoh:
1)  Adik  Salina pandai  menari .    (  dan  )
     Adik  Salina  pandai  menyanyi  .
     Adik Salina pandai  menari  dan menyanyi

2)  Abu mengetuk  pintu  pejabat .     (   lalu   )
     Abu masuk ke dalam pejabat .
     _____________________________________

3)  Emak  menyapu  sampah di halaman rumah   .   (  sambil  )
     Emak  membakar  sampah  .
     _________________________________________________

4)  Encik  Rahmat   berkongsi  kereta  ke  pejabat .   ( dan  )
     Encik  Kamal    berkongsi  kereta   ke  pejabat.
     _________________________________________________

5)  Arnab  Hafiz   sangat  bersih  .        (  tetapi  )
     Arnab   Siti    sangat  kotor
     _________________________________________________


Saturday 17 November 2012





Selamat pagi...jam sudah sudah  pukul 2.20 pagi...tidak sedar masa berlalu,Selesai sudah tugasan Bahasa Melayu . Seronoknya hati tidak terkata  setelah berhari-hari memerah otak. Saya harap rakan-rakan seperjuangan pun begitu juga...Lepas ini bolehlah saya beri tumpuan kepada pengisian blog saya yang masih kurang maklumat  ...harap  sabar ...Sayapun sedang  belajar..

Thursday 15 November 2012

 Salam  Sejahtera kepada semua.
Hari ini  saya ingin berkongsi bersama anda semua.
 
Sila layari Rancangan Pelajaran Harian Bahasa Malaysia Tahun 2 melalui link berikut:



https://docs.google.com/open?id=0BwPF_22NwvHxZ1lsZVgwZ21INDg
 Murid berbincang dalam kumpulan .

Aktiviti mereka cipta.

 
 Gelagat murid kelasku .

 Kasihan , sakit perut.

 Comel.

 Aktiviti mestamo.

 Persembahan semasa Hari Kokurikulum.

 Persembahan nyanyian.

Bersajak di dalam kelas

Sunday 4 November 2012

Salam kepada semua sahabat yang sudi mengunjungi  blog saya ni. Hari ini saya ada sedikit kelapangan  untuk menulis di ruangan ini. Saya percaya semua  cikgu begitu sibuk di waktu-waktu akhir penggal persekolahan ini. walau apa pun diharap  semangat kita tidak luntur.

Saturday 20 October 2012

Selamat tengahari semua.Hari ini hari ini saya ada sedikit masa untuk menulis sesuatu dalam blog Jelajah Bahasa Malaysia.

Mari kita belajar perumpamaan Bahasa Malaysia

1. Bagai kucing kehilangan anak
    Maksud: Keadaan yang tidak tentu arah.
    Ayat     : Kamal bagaikan kucing kehilangan anak apabila dokumen  pentingnya tertinggal di
                 dalam   bas.

2. Bagai lebah menghimpun madu .
    Maksud : sangat rajin
    Ayat      : Pak CikRahim bekerja bagai lebah menghimpun madu untuk memberikan kehidupan
                  yang selesa kepada keluarganya

3. Ibarat burung di dalam sangkar , mata lepas badan terkurung.
    Maksud  : tidak bebas
    Ayat       : Kehidupan puteri raja itu ibarat burung di dalam sangkar, mata lepas badan terkurung
                   kerana tidak bebbas bergaul dengan rakyat biasa.

Friday 19 October 2012

Salam ceria semua anak muridku ,sahabat handai dan sesiapa sahaja yang mengunjungi halaman blog ini.

Blog ini masih  dalam proses pembinaan.Masih ada kekurangan di sana -sini. Saya ibarat  murid yang baru belajar bertatih. Masih tercari- cari bahan-bahan menarik untuk dimuatkan diruangan ini.saya berharap saudara dan saudari sudi memberi  komen  untuk penambahbaikan..saya mula buat blog ini dari kosong iaitu tidak ada pengalaman.Saya hanya berpandukan tunjuk ajar daripada rakan-rakan yang sudi memberi ilmu. walaubagaimanapun ia tidak melemahkan semangat saya.Biarpun tidak kemas tetapi saya bersyukur kerana ia hasil usaha saya sendiri. Mohon beri tunjuk ajar ya...

Friday 5 October 2012

Jenis Perkataan

Senarai perkataan yang mengandungi diftong.

- saudara
- selesai
- salai
- limau
- rambai
- gulai
- tembikai
- pulau

Senarai perkataan yang mengandungi vokal berganding

- lauk
- sauk
- puas
- luas
- ruas
- hias
- riuh
- saat

Senarai perkataan yang mengandungi digraf

- plastik
- skirt
- skru
- drama
- kusyen
- Khamis
- khemah

Senarai perkataan yang konsonan bergabung

- gunting
- lembing
- hilang
- banyak
- kampung
- ranting
- tengah


Sunday 30 September 2012

Buah  mempelam biji satu,
Mari dimakan bersama cik Samsul,
Saya baru belajar langkah satu,
Langkah ke dua kembali menyusul