Nota Tatabahasa
Kata kerja
1) Kata kerja ialah perkataan yang berfungsi untuk menunjukkan sesuatu perbuatan. Contohnya
makan, minum, berdoa, bermain, memanjat ,dan sebagainya.
2) Kata kerja boleh wujud bersendirian tanpa imbuhan dan juga dengan imbuhan.
3) Kata kerja dapat digolongkan kepada tiga ,iaitu :
(a) Kata Kerja Tak Transitif (KKTK)
i) KKTK tidak memerlukan objek atau penyambut, iaitu kata nama selepasnya.
ii) Hal ini demikian kerana sesuatu ayat itu sudah lengkap maksudnya walaupun kata kerjanya
tidak diikuti dengan objek.
iii) Contoh KKTK ialah ketawa, hinggap, menguning dan sebagainya.
(b) Kata Kerja Transitif ( KKT )
i) KKT memerlukan frasa nama sebagai objek atau penyambut yang menerima akibat daripada
perbuatan kata kerja itu.
ii) Tanpa objek, ayat yang mengandungi KKT itu tidak lengkap maksudnya.
iii) Contoh KKT ialah memotong, menaip, menjual, dan sebagainya.
(c) Kata Kerja Pasif (KKP)
i) KKP ialah kata kerja yang digunakan dalam ayat pasif.
ii) KKP tidak mempunyai imbuhan awalan meN-.
iii) KKP dapat dibahagikan kepada 5 bentuk , iaitu KKP diri pertama dan kedua, KKP diri ketiga,
KKP berawalan beR- dan teR-, KKP dengan apitan ke-.....-an, dan KKP dengan kata 'kena' .
( kata 'kena' boleh diganti dengan awalan di-).
iv) Contoh-contoh KKP ialah kubaca, kita pergi, kamu lihat,bersapu, berjemur, terdaki, terpegun,
kecurian, kepanasan, kena pecah, kena tangkap, dan sebagainya.
Kata Adjektif
1) Kata adjektif dikenali juga sebagai kata sifat , iaitu perkataan yang menerangkan keadaan atau sifat
sesuatu kata nama.
2) Kata adjektif boleh disertai oleh kata penguat , sama ada kata penguat hadapan, kata penguat
belakang atau kata penguat bebas.
3) Terdapat sembilan jenis kata adjektif, iaitu:
a) Kata adjektif warna( biru,merah ,hijau kuning ,hitam putih ,dan sebagainya)
b) Kata adjektif ukuran ( kecil,besar, kurus, gemuk,pendek , dan senagainya )
c) Kata adjektif bentuk ( lurus, lonjong, bengkok,bundar, dan sebagainya )
d) Kata adjektif waktu ( suntuk, sekarang, esok.lewat, dan sebagainya)
e) Kata adjektif jarak ( dekat, jauh, hampir, dan sebagainya)
f) Kata adjektif cara ( pantas, deras, selalu, kasar, dan sebagainya)
g) Kata adjektif perasaan ( sedih , marah, rindu, sayang, dan sebagainya)
h) Kata adjektif pancaindera ( masam, manis, pahit, lunak,, licin , dan sebagainya)
i) Kata adjektif sifatan atau keadaan ( gopoh, bodoh, takut, sakit , dan sebagainya )
Kata Hubung
1) Kata hubung dugunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, dan klausa
dengan klausa untuk membentuk ayat.
2) Terdapat tiga jenis kata hubung , iaitu :
(a) Kata hubung gabungan: menghubungkan dua atau lebih ayatt yang sama tara sifatnya.
Contohnya dan, lalu, atau. tetapi, sambil, dan maka.
(b) Kata hubung pancangan:
i) Menghubungkan ayat kecil pada ayat besar yang tidak setara sifatnya.
ii) Terdapat 3 jenis kata hubung pancangan, itu kata hubung pancangan relatif, kata hubung
pancangan komplemen, dan kata hubung pancangan keterangan.
iii) Kata hubung pancangan relatif menghubungkan perkataan atau frasa nama dengan sesuatu
keterangan, menghubungkan klausa utama dengan kalusa kecil yang lain, dan menunjukkan
bahawa keterangan tersebut diutamakan atau diberikan penekanan, Contoh kata hubung yang
digunaka adalah yang.
iv) Kata hubung pancangan komplemen pula menghubungkan klausa yang menjadi pelengkap
dengan klausa utama supaya menjadi ayat yang lengkap.Contoh kata yang digunakan adalah
bahawa dan untuk.
(c) Kata hubung berpasangan: digunakan secara berpasang - pasang dalam ayat majmuk
gabungan. Contohnya baik, ataupun, sedangkan...tambahan pula dan semakin..semakin
Thursday 22 November 2012
Monday 19 November 2012
Latihan Membina Ayat Majmuk
Jawab soalan berikut:
Contoh:
1) Adik Salina pandai menari . ( dan )
Adik Salina pandai menyanyi .
Adik Salina pandai menari dan menyanyi
2) Abu mengetuk pintu pejabat . ( lalu )
Abu masuk ke dalam pejabat .
_____________________________________
3) Emak menyapu sampah di halaman rumah . ( sambil )
Emak membakar sampah .
_________________________________________________
4) Encik Rahmat berkongsi kereta ke pejabat . ( dan )
Encik Kamal berkongsi kereta ke pejabat.
_________________________________________________
5) Arnab Hafiz sangat bersih . ( tetapi )
Arnab Siti sangat kotor
_________________________________________________
Contoh:
1) Adik Salina pandai menari . ( dan )
Adik Salina pandai menyanyi .
Adik Salina pandai menari dan menyanyi
2) Abu mengetuk pintu pejabat . ( lalu )
Abu masuk ke dalam pejabat .
_____________________________________
3) Emak menyapu sampah di halaman rumah . ( sambil )
Emak membakar sampah .
_________________________________________________
4) Encik Rahmat berkongsi kereta ke pejabat . ( dan )
Encik Kamal berkongsi kereta ke pejabat.
_________________________________________________
5) Arnab Hafiz sangat bersih . ( tetapi )
Arnab Siti sangat kotor
_________________________________________________
Saturday 17 November 2012
Selamat pagi...jam sudah sudah pukul 2.20 pagi...tidak sedar masa berlalu,Selesai sudah tugasan Bahasa Melayu . Seronoknya hati tidak terkata setelah berhari-hari memerah otak. Saya harap rakan-rakan seperjuangan pun begitu juga...Lepas ini bolehlah saya beri tumpuan kepada pengisian blog saya yang masih kurang maklumat ...harap sabar ...Sayapun sedang belajar..
Friday 16 November 2012
Thursday 15 November 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)