Thursday 22 November 2012

Nota Tatabahasa

Kata kerja
1) Kata kerja ialah perkataan yang berfungsi untuk menunjukkan sesuatu perbuatan. Contohnya
    makan,   minum, berdoa, bermain, memanjat ,dan sebagainya.
2) Kata kerja boleh  wujud bersendirian tanpa imbuhan dan juga dengan imbuhan.
3) Kata kerja dapat digolongkan kepada  tiga ,iaitu :
 
  (a) Kata Kerja Tak Transitif (KKTK)
         i) KKTK tidak memerlukan objek atau penyambut, iaitu kata nama selepasnya.
        ii) Hal ini demikian kerana sesuatu ayat itu sudah lengkap maksudnya walaupun kata kerjanya
            tidak diikuti dengan objek.
       iii) Contoh KKTK ialah ketawa, hinggap, menguning dan sebagainya.

   (b) Kata Kerja Transitif  ( KKT )
         i)  KKT memerlukan frasa nama sebagai objek atau penyambut yang menerima akibat daripada
             perbuatan kata kerja itu.
        ii)  Tanpa objek, ayat yang mengandungi KKT itu tidak lengkap maksudnya.
       iii)  Contoh KKT ialah  memotong, menaip, menjual, dan sebagainya.

    (c) Kata Kerja Pasif (KKP)
        i)  KKP ialah kata kerja yang digunakan dalam ayat pasif.
       ii)  KKP tidak mempunyai imbuhan awalan meN-.
      iii)  KKP  dapat dibahagikan kepada 5 bentuk , iaitu KKP diri pertama dan kedua, KKP diri ketiga,
           KKP berawalan beR- dan teR-, KKP dengan apitan ke-.....-an, dan KKP dengan kata 'kena' .
           ( kata  'kena' boleh diganti dengan awalan di-).   
      iv) Contoh-contoh KKP ialah kubaca, kita pergi, kamu lihat,bersapu, berjemur, terdaki, terpegun,
           kecurian, kepanasan, kena pecah, kena tangkap, dan sebagainya.


Kata Adjektif

1) Kata adjektif   dikenali juga sebagai kata sifat , iaitu perkataan yang menerangkan keadaan atau sifat
    sesuatu  kata nama.
2) Kata adjektif boleh disertai oleh kata penguat , sama ada kata penguat hadapan, kata penguat 
    belakang atau kata penguat bebas.
3) Terdapat sembilan jenis kata adjektif, iaitu:
    a) Kata adjektif warna( biru,merah ,hijau kuning ,hitam putih ,dan sebagainya)
    b) Kata adjektif ukuran ( kecil,besar, kurus, gemuk,pendek  , dan senagainya )
    c) Kata adjektif  bentuk ( lurus, lonjong, bengkok,bundar, dan sebagainya )
    d) Kata adjektif waktu  ( suntuk, sekarang, esok.lewat, dan sebagainya)
    e) Kata adjektif jarak   ( dekat, jauh, hampir, dan sebagainya)
    f) Kata adjektif cara  ( pantas, deras, selalu, kasar, dan sebagainya)
    g) Kata adjektif perasaan ( sedih , marah, rindu, sayang, dan sebagainya)
    h) Kata adjektif pancaindera ( masam, manis, pahit, lunak,, licin , dan sebagainya)
    i)  Kata   adjektif sifatan atau keadaan ( gopoh, bodoh, takut, sakit , dan sebagainya ) 


Kata Hubung

1) Kata hubung dugunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, dan klausa
    dengan klausa untuk membentuk ayat.
2) Terdapat tiga jenis kata hubung , iaitu :

    (a)  Kata hubung gabungan: menghubungkan dua  atau lebih ayatt yang sama tara sifatnya.
          Contohnya dan, lalu, atau. tetapi, sambil, dan maka.

   (b)  Kata hubung pancangan:

         i) Menghubungkan ayat kecil pada ayat besar yang tidak setara sifatnya.
        ii) Terdapat 3 jenis  kata hubung pancangan, itu kata hubung pancangan relatif, kata hubung
            pancangan komplemen, dan kata hubung pancangan keterangan.
       iii) Kata hubung pancangan relatif menghubungkan perkataan atau frasa nama dengan sesuatu
            keterangan, menghubungkan klausa utama dengan    kalusa kecil yang lain, dan menunjukkan
            bahawa keterangan tersebut diutamakan atau diberikan penekanan, Contoh kata hubung yang
            digunaka adalah   yang.     
       iv) Kata hubung pancangan  komplemen pula menghubungkan klausa yang menjadi pelengkap
            dengan klausa utama supaya menjadi ayat yang lengkap.Contoh kata yang digunakan  adalah
            bahawa dan untuk.

    (c)    Kata hubung berpasangan: digunakan secara berpasang - pasang dalam ayat majmuk
            gabungan.   Contohnya  baik, ataupun, sedangkan...tambahan pula dan semakin..semakin



4 comments:

  1. Terima kasih kerana perkongsian ilmu.bersama-samalah kita meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa

    ReplyDelete
  2. nota yang jelas dan lengkap.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas sokongan anda

    ReplyDelete